Tips Digital Marketing Paling Berkesan Untuk Jual Produk
Untuk jual produk dengan laris, anda perlukan tips digital marketing yang berkesan.
Percaya atau tidak, hampir semua bisnes di Malaysia dah guna teknik digital marketing untuk jual produk. Besar kemungkinan pesaing anda pun ada strategi pemasaran yang berhasil.
Tapi jangan risau. Kalau anda masih ‘noob’ atau baru nak kenal apa itu digital marketing, tak terlambat untuk belajar.
Kebanyakan bisnes ambil masa bertahun untuk mahir dalam marketing online. Tapi, kami boleh bantu anda untuk jual produk online dengan mudah dan cepat.
Apa itu digital marketing?
Dengar macam rumit kan? Sebenarnya, digital marketing adalah kaedah pemasaran produk melalui media digital atau online.
Berbanding dengan marketing secara offline iaitu dengan kedai fizikal, digital marketing mempunyai banyak lagi kelebihan. Antara kelebihan digital marketing adalah
- Market lagi luas
- Kos rendah
- Mudah untuk kaji result
- Fleksibel
- Menunjukkan brand image yang baik
Menarik kan? Kalau anda seller yang nak tingkatkan sales (mestilah nak), ikut tips dan tricks di bawah.
1. Google My Business
Tak ramai yang tahu, tapi sebenarnya Google My Business adalah platform utama untuk digital marketing.
Dengan Google My Business, anda boleh paparkan details bisnes anda seperti alamat, nombor telefon, masa operasi, produk, dan yang paling penting, reviews.
Kalau anda tak ada profile GMB, customer susah nak percaya dan mungkin akan cari bisnes lain sebab mereka takut kena scam.
2. Website bisnes anda
Sebenarnya, tak semua bisnes perlukan website. Tapi, penjual yang nak lariskan produk dan kaut untung lebih perlukan website yang mengagumkan.
Bila ada website ecommerce, mudah untuk anda menyampaikan info berkualiti, berkomunikasi terus dengan pengguna, dan mengawal content dengan efektif.
Terdapat banyak cara untuk buat website sendiri tapi kaji semula, anda ada masa or tenaga ke nak bina website yang terbaik?
Itulah kerja profesional. Anda perlukan website designer yang bagus untuk membina website anda.
3. Email marketing
Aduh, tadi digital marketing, ni masuk ke email marketing pula. Pening ke?
Email marketing merupakan salah satu strategi pemasaran yang sangat berkualiti. Pernah tak anda isi email anda untuk apa-apa sahaja, lepas tu tengok-tengok ada email dalam inbox?
Dah banyak bisnes yang menggunakan email marketing termasuk Foodpanda, Grab, Shopee, Uniqlo dan sebagainya.
Strategi ini ternyata efektif untuk close sales, terumatanya jika subscribers terima offer-offer yang menarik.
4. Copywriting yang menarik
Bila tengok Google Ads, IG Ads, Facebook Ads, semuanya akan gunakan copywriting yang menarik untuk pengguna termakan dengan strategi ini.
Tapi, kalau copywriting anda lemah, bayar lah Ads banyak mana pun, results tak lah semenggah mana.
Jadi, solusi terbaik adalah untuk upah copywriter yang tahu selok-belok marketing di Malaysia. Tak payah pening-pening fikir ayat-ayat memikat.
5. SEO
SEO atau Search Engine Optimization adalah strategi pemasaran yang tak ramai yang buat. Tapi, kalau anda mahir, memang berkesan untuk dapatkan jualan organik.
Tips digital marketing ini boleh memastikan bisnes anda di tempat teratas di carian Google tanpa sebarang Ads.
Ia merupakan cara yang cepat mendapat results tapi perlukan research mendalam dan bijak. Kerja sebegini baik berikan kepada pakar SEO yang boleh tingkatkan ranking website anda.
Bacaan seterusnya: Powerful SEO Tips for a Small Business in Malaysia (FREE Tools)
6. Sosial media
Semua bisnes perlukan kehadiran sosial media kerana ia merupakan platform utama netizen lihat bisnes anda.
Ada akaun sahaja tak memadai, anda perlukan strategi social media marketing yang organized dan terancang.
Jangan dikejar sangat content viral tapi fokus kepada content yang berkualiti untuk target market anda.
Pakar digital marketing di Malaysia
Semua bisnes tahu betapa susahnya untuk berjaya mempromosikan produk. Ada yang sampai berputus asa…
Tapi, jika anda ada bajet untuk digital marketing, anda boleh dapatkan strategi pemasaran yang terbaik untuk tingkatkan sales anda.
Kalau rasa tak mahir atau tak mampu nak belajar teknik marketing yang betul, kami boleh bantu anda dengan strategi-strategi yang boleh bantu anda capai target anda.
Isi details anda pada form di bawah dan kami akan hubungi anda secepat mungkin.